Senin, 29 November 2010

pameran-buah-nadir
Pameran MAHA  2010 merupakan acara pameran pertanian terulung di adakan Malaysia setiap 2 tahun sekali. MAHA 2010 berlangsung daripada 26 November 2010 sehingga 5 Disember 2010. Pada anda yang berkesempatan, boleh berkunjung ke sana. Macam-macam info  terkini serta teknologi terkini dalam pertanian boleh anda pelajari. Pelbagai agensi dalam bidang pertanian seperti Jabatan Pertanian, MARDI, LPP, FAMA dan lain-lain lagi turut mempamerkan pelbagai informasi, kajian-kajian terkini, dan perkembangan semasa dalam sektor pertanian. Memang rugi kalau tidak pergi sekarang…
pameran-buah-nadir2
Antara pameran yang turut menarik ramai pengunjung ialah Pameran Buah Nadir dan Sayuran Tradisional yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian.
pameran-buah-nadir3
Pelbagai jenis sayur tradisional dan buah nadir yang boleh anda lihat secara live.. Antara gambar-gambar yang saya dapat kongsikan bersama anda.
pameran-buah-nadir4
Memang sesak dengan orang ramai yang sememangnya tertarik untuk melihat buah dan sayur yang jarang dapat dilihat sekarang.
pameran-buah-nadir5
Salah seorang pengunjung yang sedang khusyuk untuk meneliti sayuran tradisional dengan lebih dekat lagi.
pameran-buah-nadir6
Bersambung lagi untuk artikel akan datang mengenai aktiviti dan program yang berlangsung di MAHA yang sempat saya rakamkan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk pergi ke sana boleh membaca artikel yang seterusnya..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar