Sejarah dunia, menurut kebiasaan, adalah sejarah manusia, dari kemunculan Homo sapiens sehingga masa kini. Sejarah manusia ditanda oleh kedua-dua jumpaan dan ciptaan secara beransur-ansur, dan juga lompatan kuantum (quantum leap) — anjakan paradigma, dan revolusi — yang merangkumi mercu tanda dalam evolusi kerohanian dan duniawi kemanusiaan.
Sejarah manusia, berbanding dengan pra sejarah, pada masa lalu dikatakan bermula dengan ciptaan, secara bebas dibeberapa tapak di bumi, tulisan, yang menjadi infrastruktur bagi penyebaran ingatan yang berterusan dan tepat dan dengan itu penting bagi penyebaran dan perkembangan pengetahuaan.[1] Tulisan, sebaliknya, menjadi perlu dengan gelombang Revolusi Neolitik / Revolusi Pertanian, yang telah memberikan kebangkitan tamadun, contoh. masyarakat yang menetap secara tetap, yang mendorong peningkatan kepelbagaian perdagangan.
Habitat manusia yang bertaburan, berpusat sekitar punca air penting bagi kehidupan — sungai dan tasik — berkembang dengan masa kepada unit lebih besar, selaras dengan perkembangan kaedah pengangkutan yang lebih baik. Proses perkembangan ini, digalakkan oleh persaingan dan pertelingkahan antara masyarakat yang berjiran, semakin berkembang merentasi alaf kepada negara lebih besar, dan kemudiannya negara super atau empayar. Di Eropah, kejatuhan Empayar Rom Barat (476) biasanya dikatakan sebagai menandakan akhirnya sejarah silam dan permulaan Zaman Pertengahan.
Seribu tahun semudian, pada pertengahan abad ke-15, ciptaan Johannes Gutenberg bagi percetakan moden, menggunakan jenis boleh gerak, merevolusi perhubungan, membantu mengakhiri Zaman Pertengahan dan membawa masuk zaman moden, Renaissance dan Revolusi Saintifik.
Menjelang abad ke-18, himpunan pengetahuan dan teknologi, terutamanya di Eropah, telah sampai tahap kritikal yang mencetuskan kehadiran Revolusi Perindustrian. Lebih suku-alaf sejak itu, perkembangan pengetahuan, teknologi, perdagangan, dan — bersamanya — potensi kemusnahan akibat perang telah meningkat berganda secara geometri mencipta peluang dan bahaya yang kini mengancam masyarakat manusia yang tinggal bersama di planet ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar